m e m o r i e s
about home twitter


Lost another one
Friday, 1 July 2016 | Friday, July 01, 2016 | 0 comments

Allah itu maha Besar . dia memberi pinjaman kepada aku seekor makhluk kecil hanya untuk 3 bulan seketika sahaja .

Aku syukur kerana dalam masa 3 bulan itu aku dapat melihat telatah comel manja aktif nya . dari dia lahir aku dapat melihatnya .

Si kecil tersebut ku gelar Benji ataupun Adik .

Adik ada seorang kakak selahirnya yang ku gelar Bella ataupun kakak .

Adik menghidapi wabak "hawar" yang pada dahulunya hanya menyerang ayam . penyakit wabak ini tidak mempunyai penawar . mungkin belum ditemui .

Sejak beberapa minggu adik mula menunjukkan tanda tidak sihat . tidak mahu makan, tidak mahu minum . mahu terlantar baring sahaja .

Aku beli ubat demam dekat kedai haiwan . tapi tidak membantu langsung kerana sukar untuk memberi adik makan ubat tersebut .

Hari berganti hari

Adik pergi meninggalkan kami semua . kami menangisi pemergian dia semalaman .

Mama paling terasa dihati sbb mama rapat dgn adik & sentiasa menjaga adik ketika sakit .

Allahu .

Moga tenang dikau disana Adik . kak ja sayang adik .