
Friday, 11 December 2015 | Friday, December 11, 2015 | 0 comments
Kentoi Junior (KJ)
29/9/2015 - 23/11/2015
Dia yang paling comel . Dia yang paling kecil . Dia yang paling disayangi . Dia yang paling bongsu .
harini baru aku rasa nak menaip post ni sebab haritu aku tak terdaya nak menaip plus malas .
harini baru aku rasa nak menaip post ni sebab haritu aku tak terdaya nak menaip plus malas .
aku ingatkan dia akan suvived dgn lagi seekor tapi akhirnya dia menemui ajal jugak seperti 2 adik beradik dia yang lain .punca kenapa dia pergi sebab dia dimandikan . Allah . kalau aku boleh putar balik masa, aku akan halang diorang dari mandikan dia sebab antibody dia tak kuat . dia still lemah .
Sepet, anak ke- 3 lagi besar dari dia padahal masa 3 minggu lepas lahir aku tengok KJ ni lah yang paling besar berbanding adik beradik dia yang lain . selepas sebulan survived dengan Sepet, Sepet grow bigger than him . badan KJ kecil sangat . kurus sangat selalu kena buli dengan Sepet . Allah . kiteorang selalu protect KJ . utamakan KJ .
lagi satu . KJ ni kalah dalam penyusuan . selalu kalah dgn Sepet . And mak dia macam taknak nyusu KJ ni . entahlah kenapa . dia macam bagi dekat Sepet je . kalau KJ datang nak nyusu, dia bangun pergi tempat lain . kalau Sepet datang nak nyusu dia kasi . and seeing it hurts my heart .
dulu KJ badan paling besar tapi dia dah kurus sbb tak dapat susu yang cukup dari ibunya .
KJ ni istimewa sebab mata dia besar sangat . and mata dia jenis yang berair . cantik sangat . such a cute kitten !
KJ ni dia selalu sangat mengantuk & sometimes kiteorang semua risau kenapalah dia selalu sangat tidur .
yelah, dia penat . tak larat . sebab dia tak banyak dapat susu .
i found these two is so cute bila diorang tidur sekali .
Kalau KJ bangun & datang ke dapur nak makan ke ikut mak dia ke kan , dia akan masuk duduk kasut crocs ni yang muat betul betul badan dia . dia sangat pandai sebab dia masukkan bontot dia dulu . kalau Sepet dia masukkan kepala dulu lepastu tersekat hahaha .
aku ingat lagi satu memori . ada satu petang . masa tu semua orang tgah tidur . mama bawak KJ tidur sekali dalam bilik & aku dalam bilik aku . aku tengah berdiri depan cermin tengok muka (lol) & suddenly aku rasa kat kaki aku macam ada something & aku pandang KJ ada kat sebelah kaki aku tengah dongak . cepatnya budak ni berjalan masuk bilik aku dgn badan kurus kering dia ni ! aku ingat dia ajak aku main so aku main kejap dgn dia pastu dia macam taknak layan dia keluar dari nilik aku . lepas tu aku rasa macam nak main la lagi dgn dia kesian pulak dia sensorang .
aku tengok dia kat dalam toilet . tengah kencing .
comel sangat ! rupanya dia masuk bilik aku dia nak kasi hint kat aku yang dia nak masuk toilet nak kencing soo that nanti aku boleh cuci kan air kencing dia . ya Allah pandai betul dia .
Rindu .
Nota kecil untuk KJ :
KJ, masa KJ dah nyawa nyawa ikan , KJ dengar tak apa semua yang kak ja sembang dengan KJ ? Kak ja suruh KJ kuat jangan pergi lagi sebab kat sini semua sayang KJ . Kak ja suruh KJ kuat sebab kakak sayang KJ . Kakak kat kelantan suruh kak ja protect KJ dari kena buli dgn Sepet . Kak ja suruh KJ kuat demi kakak . Kak ja ingatkan KJ yang kakak selalu dodoikan KJ tidur . Kak ja tahu KJ dengar semua tu .
Kak ja whatssap kakak bagitahu pasal keadaan KJ . kakak menangis telefon mama .
Kak ja sedih sangat masa malam tu masa mama bagitahu kak ja yang KJ dah lain sangat . tak larat nak angkat badan, kepala semua . kak ja tahan menangis . malam tu first time KJ keluarkan suara . Kak ja nampak KJ menangis . airmata KJ keluar . Kak Ja tahu KJ tengah tahan sakit . Kak ja tahu KJ mengadu KJ sakit kan ? KJ tengah sakit masa tu kan ? Maaf kak ja tak dapat tolong KJ . KJ banyak kali keluarkan suara . kuat pula tu . hancur hati kak ja dengar . Kak Ja sikit tak berganjak dari situ sebab kak ja taknak tinggal KJ sensorang . Kak ja sembang dgn KJ .
Kak ja sembang dengan KJ sambil main phone ,
sampailah satu saat kak ja rasa macam kak ja sembang sensorang . takde dengar suara KJ dah . kak ja pandang KJ .
KJ dah takde .
Keras kaku .
Allah .
kak ja lari ke dapur bagitahu mama yang KJ dah takde . kak ja tak boleh tahan airmata . kak ja nangis depan KJ . mama pun menangis .
Maghrib tu hujan . seperti tahu yang kami semua sedih kehilangan KJ .
Allah .
Rindunya kat KJ .
KJ pergi disebabkan satu kecuaian & telah ditakdirkan . tapi KJ survive paling lama . ingat tu . KJ dah dekat syurga kan ? mesti KJ tengah happy sebab dapat berlari lari , dapat minum susu banyak , dapat main dgn lagi 2 ekor tu kan ? KJ mesti sekarang dah ada tenaga & tak banyak tidur dah kan . kak Ja rindu KJ . mama, kakak rindu KJ . mama rindu nak tgok KJ duduk dalam kasut crocs .
kak ja tahu KJ kat dalam syurga dah . tunggu kak Ja ye . Al-fatihah .